Jumlah Yang Anda boleh Meminjam Berdasarkan DSR
Kebanyakan orang ingin tahu jumlah banyak pinjaman yang mereka
boleh meminjam sebelum membeli rumah. Mereka yang memerlukan jawapan yang
segera untuk jumlah pinjaman perumahan maksimum yang anda boleh dapati, sila mencuba
Kalkulator
Kelayakan Pinjaman Perumahan Mudah . Jika anda ingin mengetahui dengan
lebih lanjut mengenai cara-cara kiraannya, teruskan membaca.
Faktor-faktor yang menentukan jumlah pinjaman maksimum
Jumlah pinjaman yang pihak bank dapat meminjam kepada anda
bergantung pada 4 faktor utama:
- Nisbah Khidmat Hutang Anda (DSR)
- Profil risiko seseorang individu
- Penilaian Harta
- Max nisbah Margin Pembiayaan (LTV) / Margin Kewangan disediakan untuk anda
Artikel ini hanya meliputi faktor DSR, dengan ini kita akan
membincangkan antara beberapa salah faham yang umum.
Mitos # 1 – Bank hanya akan meminjamkan kepada anda sehingga 1/3 daripada
pendapatan kasar anda.
Ini adalah hanya satu garis panduan yang disyorkan untuk
peminjam.Kebiasaanya bank mengamalkan set peraturan lebih terperinci semasa
kelulusan kredit.
Mitos # 2 – Jumlah pinjaman maksimum yang anda boleh dapati daripada setiap
bank tiada banyak perbezaanya.
Terdapat pengecualian cukup ketara untuk yang mengatakan
bahawa dasar-dasar kredit mempunyai perbezaaan yang besar daripada 1 bank kepada yang lain. Jumlah
pinjaman max juga boleh berbeza sehingga 3x di antara bank-bank berlainan.
Mitos #3 – Bank-bank hanya memberi pinjaman
sebanyak 70% DSR anda
Ini
merupakan anggaran sahaja dan bukanlah anggaran yang amat tepat.
Nisbah Pembiayaan Hutang / Debt Service Ratio (DSR)
DSR menunjukkan jumlah
banyak pendapatan seseorang digunakan untuk membayar bayaran ansuran hutang,
dan diwakili sebagai % daripada pendapatan. DSR diperolehi daripada 2 komponen
utama:
DSR = Komitmen / Pendapatan
Antara bank-bank yang berlainan, ada perbezaan yang ketara
dalam jumlah akhir DSR yang dikira. Ini adalah kerana setiap bank mempunyai
kaedah pengiraan masing-masing bagi pendapatan dan pengiktirafan komitmen.
Contoh 1:
Perhitungan asas oleh Standard Chartered Bank ialah mengunakan pendapatan
kasar, manakala RHB dan Maybank boleh mengunakannya berdasarkan pendapatan
bersih.
Contoh 2: CIMB dan HSBC mengiktiraf 100% daripada sewa pendapatan, manakala Public Bank dan OCBC hanya boleh mengiktiraf 80%.
Contoh 3: RHB hanya mengiktiraf 45% daripada pendapatan asing yang didapati, manakala Hong Leong mengiktiraf 100% daripadanya.
Bukan sesuatu yang luar biasa apabila berlainan bank
menghitung DSR untuk inividu yang sama, mungkin ada perbezaan DSR sehingga 20%! Tetapi perbezaan ini tidak
berhenti di situ.
Sebaik sahaja DSR telah ditentukan, setiap bank akan
mempunyai garis panduan masing-masing untuk jumlah maksimum DSR dibenarkan. Kebiasaanya
ia ditentukan berdasarkan pendapatan, tetapi DSR juga boleh dipengaruhi oleh
seperti nilai bersih dan arbitratri seperti kelayakan dan umur. Contoh-contoh garis
panduannya ialah seperti berikut:
No comments:
Post a Comment